|
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Lelaki gay dikesan licik menyembunyikan aktiviti mereka dengan menjadikan rumah urut dan pusat spa mewah sebagai lokasi untuk mengadakan pesta seks beramai-ramai. Mereka membabitkan semua bangsa itu beralih angin melakukan kegiatan terbabit di pusat spa dan rumah urut berikutan lebih selesa berbanding pusat hiburan seperti disko. Malah, pusat spa dan rumah urut tertentu menawarkan khidmat seks kepada ‘kaum’ terbabit dengan mengenakan bayaran tertentu. Ada juga yang tidak segan silu melakukan hubungan seks jijik itu dengan berbogel beramai-ramai sama ada di bilik urut atau di bilik mandi bersama pekerja pusat spa atau rumah urut. Kegiatan sumbang berkenaan yang kerap didedahkan media akhirnya mendapat reaksi positif dari polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang segera membuat risikan dan serbuan, baru-baru ini. Dalam serbuan pertama jam 6 petang Jumaat lalu, sepasukan anggota polis Dang Wangi membuat serbuan di sebuah rumah urut di Jalan Utara Off Jalan Imbi yang dikesan menjadi tumpuan pasangan gay. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata dalam serbuan terbabit, tujuh lelaki yang juga pekerja rumah urut terbabit diberkas bersama seorang pelanggan. Menurutnya, dua lelaki ditahan itu ditemui berdua-duaan di sebuah bilik ketika hendak memulakan aksi tidak bermoral mereka. “Pemeriksaan juga menemui tiga bungkusan kondom, satu botol Listerine dan satu tiub ‘Top Gel Play’ dari beg pekerja lelaki rumah urut terbabit. “Siasatan mendapati, lesen perniagaan premis terbabit sudah tamat pada 31 Disember lalu,” katanya yang percaya, semua pekerja terbabit yang berusia sekitar 20 hingga 30-an menawarkan khidmat seks kepada golongan gay. Beliau berkata, polis turut membuat serbuan kedua di sebuah rumah urut dan spa di Jalan Bukit Bintang pada jam 7.30 malam hari sama. “Enam lelaki Melayu dan 12 Cina didapati sedang berbogel dan melakukan seks di beberapa bilik dan tempat mandi,” katanya. Polis menemui banyak kondom terpakai di merata tempat dan premis itu menjalankan perniagaan tanpa lesen. Sementara itu, serbuan ketiga di sebuah rumah urut di Jalan Sultan Ismail membabitkan penangkapan sembilan lelaki dalam keadaan mengghairahkan. |
| no one February 21, 2007 02:51 PM PST so, dun live in malaysia then.go find some wer else to live! | ||
| kisSnRIzz June 25, 2006 05:48 PM PDT suka ati org le bha.....jan gngnu org len....y pnting tdak mgngu keamanan org lain paem...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! | ||
| Zek February 18, 2006 04:44 PM PST Blueboy kena raid mlm semalam, 17.02.06 Lariiiiii! | ||
| Lee Novotny February 15, 2006 02:12 PM PST I guess that's one of the main reason why I cannot ever live in malaysia anymore. There's no place for people like us there.... I am sorry, but that's the truth. I know those people will say to me "good riddance". So yeah, they have got rid off me now for sure! Forever! Thx for the info Jacktwist...what a sad news | ||
| Leave a Comment: |